backgroundvintage

TEKNIK senyum & nafas utk tingkat aura diri dgn Qi Gong.



Qi Gong secara umumnya adalah tenaga dalaman. Nak praktik ia mudah je. Kalau ada kesempatan korang boleh pegi kelas2 Qi Gong, biasanya kalo yg introduction ada yg free session (boleh google Qi Gong Malaysia).
Hari ni saya nak share macamana nak gunakan teknik Qi Gong utk menaikkan seri wajah kita.
OK macamana caranya... bawah ni step by step... nt cuba buat pelan2, jgn ragu2 insyaAllah betul dah tu langkah2nya.
  • Mulakan dengan bismillah dan selawat Nabi. tenangkan hati
  • Niatkan wajah berseri, tingkatkan aura utk memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada orang2 yang sayangkan kita dan orang2 yang perlukan kita
  • Pejam mata, bayangkan ada satu bola emas di depan muka kita. Bola emas itu semakin mendekat. Bola emas itu senyum pada kita... Balas senyuman bola emas itu. Senyumannya makin lebar, ikut senyuman dia..
  • Sedut nafas, sedut aura2 emas, impian2 emas kita, sedut....
  • Lepaskan nafas.. buang semua benda yang kotor dan hitam dalam diri kita. Buangkan benda2 negatif, buangkan benda2 yang tidak menyumbang kepada nilai diri kita.
  • Bayangkan bola itu semakin rapat ke muka, terasa getaran di kulit muka kita, ia makin dekat dan bersatu dengan wajah kita. Teruskan senyummmmm.
  • Teruskan bernafas seperti di atas.
  • Bayangkan kini bola itu dah bersatu dengan wajah kita. kini emas2 tu dah masuk dalam kulit kita, muka kita pun tambah bersinar dan berseri.
  • Ucapkan syukur pada Allah dan buka mata. Senyummmm.

Syukur alhamdulillah, korang dah berjaya sedut aura positif dan buang aura negatif.

Sumber : Lyna Noh


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melawat Blog Mama aQiLzafRan Vitashop